Thursday, January 31, 2013

hang-out

assalamualaikum :)

ya ya, harini bahagia..alhamdulillah.
btw, movie HANSEL AND GRETEL sgt best.tak rugi tgk

much love and if you're meant to me,insyallah we will be together forever


p/s: tadi tgk movie dgn qila and bkn dgn dia pun.ni pun terjumpa -.-'' ok baii

Tuesday, January 29, 2013

#sembreak

assalamualaikum semuaaaaaaa....

hasil sembreak,semuanya mengembang :')

gemok kan? ok diam...aku makan tak guna duit kau

attention! dalam pipi aku xd makan.tak tahu mcm ne leh kembang mcm nak meletup tu -.-''

yeaahhh!!! ni sampingan..hee..kek ni aku buat.handmade! ok tau cntik.sedap ok.




ok dahla.babai *wave and*

#what i want

assalamualaikum....





I wanna be with someone who cares, who can 

understand my feelings, who can listen to my 

problems, who can make laugh and happy.

Monday, January 28, 2013

#ATTENTION

assalamualaikum

nampak tak capslock nya tajuk entry aku? huh..
kalau couple biasa
1) pergi mana, buat apa semua kena inform
2) semua masalah kongsi dgn partner

couple luar biasa
1) pergi mana? buat apa? tu semua hal kau.xpyh bagitau pun xpe.kalau bagitahu macam rimas lak
2) masalh? risau? simpan jela semua tu..nanti kau cerita,kau yg sakit hati sebab fedback -ve.haha.padan

aku tak faham situasi dua dua couple ni.saja je nak selidik.kau rasa mna couple yang lagi akan kekal lama? tapi dua dua couple ni trust each other.

kenapa kena couple tapi problem tak nak share? kenapa kena couple kalau lngsung xubah kehidupan seseorang.macam tak wujud je padahal couple.huh? achaner tu? :O

oklah.entry yg bosan.bye 
xoxo
selamaat malammm

Friday, January 25, 2013

things

assalamualaikum...

trying to force myself to think in positive way in all aspect.
i'm not his only one 
smile and REDHA what ever test i get
we only can make proposal but Allah will make the decision.
don't feel lonely if nobody don't want to chat with you but make the time to came close to Allah 
Allah always hear want you want to story 
try and try to be fully hijab :')



ya Allah, permudahkan segala urusan ku untuk menemui mu ya Allah.teguhkan imanku. jauhi ku dari perbuatan maksiat. jangan bagi aku leka dengan nikmat duniawi yang engkau berikan. berikan kesakitan kepadaku jikalau aku alpa kepadamu ya Allah. 



ya Allah, jika benar dia telah ditetapkan sebagai jodohku , dekatkanlah hatiku dengan hatinya dan bagilah kami bersama dengan cara yang halal. jika benar dia bkn jodoh yang tertulis untukku, jauhilah hatiku dengan hatinya dengan segera dah permudahkan aku menerima takdir yang tertulis untukku.sesungguhnya janganlah memutuskan ikatan saudara kami jika kami tiada jodoh untuk bersama..aminnnnn





selamat malam semua.

Thursday, January 24, 2013

what to do what to done

assalamualaikum....

hmm.. entry ni pasal luahan, tp mcm tak berapa elok pulak kalau nak luahkan dekat tmpat umum.tp aku nak luahkan dkt siapa? hmm..

kita kena jaga hati kita or kena jaga hati org yang kita sayang?

persoalan ni macam tak boleh nak jawab.kenapa eak?

please, aku sebenarnya dah penat jaga hati orang yang aku sayang sebab aku tgk mcm,mcm,mcm tak guna je.bukan nak kan balasan tapi pleaselah buka mata tu tengoklah yang aku ni sebenarnya DAH PENAT jaga hati kau! tolonglah hargai pengorbanan aku ni,sikit pun jadilah.aku ni dah mcm nothing plak.

mungkin one day, insha allah aku mesti dpt apa yang aku impikan,kalau bukan dekat dunia dekat akhirat.

ibu selalu cakap "ada hikmahnya"

hmm, tapi malam ni tetiba tak kuat.terlalu negatif dekat pemikiran ni.please ya Allah, positifkan aku dalam segala hal.aminnn

night.xoxo

Sunday, January 20, 2013

ayah kata

assalamualaikum semua
cipika cipiki :*

huh! AYAH KATA.................................
eheeemmm eheemmm.. ayah saya kata, kalau nak tahu kawan tu betul betul kawan sejati or tidak kita tengok jauh mana pun kita belajar, berbeza universiti sekali pun dia tetap tak lupa contact kita. 
saya ada kawan macam ni.. nama dia FXHXRNX eyh salah FARHANA. dia anak ghazali. budaknya muka mcm LJ(liyana jasmay) tapi dia versi hidung jambu xD walaupun kita orang lain universiti, sorg dekat kampung dan sorang dekat bandar tapi kita orang selalu contact. itulah bagusnya ada BBM, TWITTER(skrg dia dak xbape nk aktif), FACEBOOK. yang bestnya kita orang ada hobi sama "MAKAN" tapi dia makan bdn xdelah kembang mcm aku.hmm.. ya Allah, kekalkanlah hubungan kami dunia akhirat dan sesungguhnya lindungi kami dari segala perkara yang membawa kpada kemungkaran.aminnnnn 

jangan gaduh, kita boleh bincang

apa yang terbaik untuk dia terbaik untuk aku :')






ok done :D
xoxo
night

Saturday, January 19, 2013

#DATE

assalamualaikum semuaaaaaaaaa *jerit*

huh! excited tak? sengaja lebih excited...haha
date pun nk bising? eyh diamlah kau...aku ni cerita sebab sebulan sekali jumpa.lepas ni 3 bulan sekali kot.eyh.ke setahun sekali.eyh...tak jumpa langsung kot -.-''

sebab jarang date

1- jarak
jarak memisahkan aku dan dia.yup, kalau dia belakang rumah aku mungkin setiap hari aku pergi ketuk pintu belakang rumah dia *tok tok tokkkkk* bagi makanan sebab aku tau dia selalu lapar.tetiba keluar tajuk. dia bangi, aku kluang :) walaupun rumah dia dekat kluang....... #harapan lah nak dia balik (tetiba main hashtag) cuti 3 bulan nanti pun dia nak kerja and what! kerja dekat bangi sana.ok,fine xpayah balik;ah senang.

2- life style
cara dia dan cara aku lain.dia selalu lelepak dengan member dia dekat kdai makan, duduk borak, vaping and bla bla bla.aku? keluar dengan member, jalan, gosip, wayang, karok, makan...huh! kan beza dekat situ.so kalau aku dengan kawan aku, dia out of list.kalau dia dengan kawan dia, aku out of list. faham? ok good

3- bosan
dia bukan jenis yang suka berkepit mcm aur dan tebing, bagai isi dan kuku dan bagai johan dan zizan (tak ada kena mengena) sebab kalau asyik jumpa, bbm, msg, call, webcam kita akan rasa bosan.so sebagai precaution, kita orang elakkan drpd ianya berlaku :)aku? aku ok jelah sbb lama dah xcouple tapi kadang2 macam haram juga.yela, mcm single pun ada kekadang -.-


tu je kot.sebab tu je yang aku fikir sekarang.ahahahaha..huh! haritu dia pergi rock the world 12 and dia belikan aku 2 tshirt.satu size M(ni baju sama ada tak ada size besar atau dia memang igt kat aku time pergi RTW12 tu -.- ihiks), satu lagi size XL(baju dia sebenarnya tapi bagi aku). tadi sedap kena nganjing and dia sangat HAPPY dpt membahan aku -.-'' eyh kesah *talk to my hand*

ok done! semuanya alhamdulillah selamat :)

"kalau kita ada jodoh,awak jangan risau..saya mesti kahwin dengan awak"


xoxo
take care semua :')


Sunday, January 13, 2013

why?

assalamualaikum

hmm..dua excident happen infont of me. aku nampak, aku saksikan excident tu berlaku..

date: 11.1.13
venue: tmn ria
time: 7a.m

masa ni aku tengah jalan smbil dengar earphone sambil scroll TL smbil tengok jalan raya,sebab takut bas terlepas. aku exam pukul 8.30a.m. tiba dekat selekoh nak masuk taman aku tu, aku drngar bunyi break, aku toleh ke kiri...... baaaaaaammmmmmmmmm!!!! motor langgar viva. hey!!!!! aku nampak macam mana benda tu jadi..aku nampak faham tak?? aku nampak!!! hmm.aku terus macam freeze for 10 sec then aku terus jalan pergi bustop smbil mata aku ni tetiba nak mengalir lak. i dunno why. then aku dduk, air mata aku still mengalir,menggigil jangan cakap.hmm..habis pintu belakang viva tu remuk habis kena langgar dekat motor tu,like seriously aku tak tau nk buat apa time tu.aku dduk lap air mata, tgk bas.bila bas smpi aku dduk  termenung je dlm bas. time tu aku memerlukan someone, someone yang boleh buat aku cool,aku nak msg ibu tp aku tau nnti ibu mesti risau,hmm..lepastu aku bbm kecik, tp kejap je sebab dia baru nak tidur.aku bbm  naqib tapi tetiba dia senyap.ok dia tidur.hmm then aku kena tempuh sorang2.ya Allah time tu aku tak tahu mana spirit aku.hilang,lemah.but at the same time aku cuba igt balik apa yang aku dah study semalam sebab takut lupa tetiba kang,aku bawa roti nak breakfast pun tak jadi sebab tak ada selera langsung. lepastu aku terfikir, if kereta viva tu break then dia melencong ke kiri mesti dia langgar aku,nasib dia break then melencong ke kanan.kalau tak...... sekarang aku dekat mana? hospital? dalam kubur? ya Allah..subhanallah..

date:13.1.13
venue: tamn intan
time: 12noon

tgh makan dengan ibu and ayah dkt al-masyur tetiba dengar benda seret. kereta menyeret lori tapi nothing happen sangat. tak ada kecederaan jiwa dan raga.kereta jela sopak.



then tetiba aku terfikir, hmm.. why this happen to me? petanda ?? hmm.. mcm mana kalau betul ni semua petanda? aku tak cukup amalan lagi, tak cukup nak kumpul pahala lagi..banyak sangat dosa yang aku buat. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa dosa aku ya Allah :'(