Monday, January 31, 2011

H U J A N

hujan rintik-rintik, air bergelora...

hahaha..sampi situ je aku hafal lagu ni.. XD
kenapa aku nyanyi lagu yang aku sendiri tak hafal?nak tau sebab apa??
sebab sekarang dekat KLg hujan tak berhenti2..masuk arini 3 hari kut *matematik jadi lemah setelah sekian lama meninggalkan sekolah



Hujan yang turun bagaikan mutiara
*kalu ujan yg turun tu mutiara,mesti korang semua tak akan terperap dalam rumah menambah koleksi taik mata dan korang mesti tak akan bgn lambat sebab korang akan setia menadah ujan yg turun tu..mutiara mahal taw x !!
Berkilau bersinar berkerdipan
*berkilau ke??tgk kabur je pemandangan kalu hujan menjelma..haha

Subur menghijau bumi terbentang
*kalu hujan sikit-sikit memang lasubur je semua tanaman..kalu ujan tak berhenti-henti,tanaman semua mati sebab tenggelam dek ujan XD

Dan bayu berpuput lembut
*bukan lembut lagi..da naik menggigil badan ni..








dipetik daripada lagu SUDIRMAN - HUJAN
 
 
KESIMPULAN daripada kisah hujan yang tak berapa best bila terlalu lebat atau tidak berhenti-henti adalah
 
i) sediakan payung sebelum hujan
 
ii)jaga keselamatan sebelum dan selepas hujan
 
iii)melarang anak anda atau sedara anda,atau ibu bapa anda atau nenek,opah,atok anda daripada bermain hujan di luar rumah kerana takut terkena penyakit yang agak membahayakan jikalau terlalu panas *sakit demam oke
 
iv)bagi yang rumah agak2 rendah serendah budak berumur 2 tahun,bersiap sedialah kalian semua untuk membungkus apa sahaja yang boleh dibungkus untuk dibawa lari bersama merempuh hujan dan banjir *kalu banjir baru bawa brg keluar rumah tau* ke tempat yang lebih selamat seperti di rumah-rumah tumpangan atau hotel2 berdekatan..agak2 yang terlampau menjaga status anda sebagai datin,datuk,tan sri,mak sri,anda dicadangkan untuk duduk di dewan sekolah yang berdekatan..  

Sunday, January 30, 2011

C I N T A


cinta itu indah sehingga tiada ungkapan yang boleh menyatakan mksud
cinta yang sebenar.....




cinta itu menyakitkan sehingga ada yang memberi amaran supaya jangan menghampiri
CINTA..

hahaha...macam2 makna yang kita dapat hanya
dripada perkataan  C I N T A.....

aissshh..hape kena ngan aku ni..tajuk cinta jugak nak dikepochikan..
hehe..nak taw sebab apa??

sebab......
CINTA TIDAK SEMUANYA INDAH DAN TIDAK SEMUANYA MENYAKITKAN

hahaha..matila nok..agak2 korang yg kurang minat ngan topik ni..dipersilakan...
BERAMBUS..haha..




cinta aka penyembuh kedukaan aka penambah kesengsaraan..haha
orang sekeliling aku ramai yang membahaskan cinta kat aku..
ada yang bahagia di awal perkenalan sehingga hampir setiap minit pasti ada LOVE2 keluar kat mata dia orang..ada yang kekal sampi da nak kawen pon...
dan ada yang tersandung kat tengah-tengah jalan sebab ada BATU besar yang menghalang dia orang utk teruskan perjalanan..

aku punya cinta xdpt nak diteruskan sebab ada bangunan baru dibina diantara kami...
aku berusaha nak mengalihkan bangunan itu tetapi tidak berdaya..haha *cerita yang sangat gempak!

aku rasa umur aku skunk yang sedia muda tak boleh nak bagi pandangan tentang cinta..
sebab aku punya cinta pon terkandas...haha..
pape pun...lebey baik korang cinta kat diri sendiri dlu kot sebelum korang cinta orang lain..
*aceceh..macam pakar motivasi kat astro oasis

CINTA ITU BUTA..TAPI JANGAN ANDA MEMBUTAKAN MATA ANDA !!
*amaran daripada jabatan kebajikan cinta-cinta yang ditolak





PERLUKAH??

BLOG?? hahaha... skunk ni makin ramai la plakss yang ada blog..
almost semua mesti ada blog...kan..kan..kan...
PERLUKAH ada blog??
hahahaha...aku rasa sukahati mak bapak tiri yang duduk sekampung dengan nenek dia orang la..
aku ada blog pun sebab....sebab....haha...NO REASON.. *jawapan bangang

bagi sesiapa yang nak ada blog sendri..SILAkan...
tak ada hak kut orang lain nak HALANG.. XD

bagi sesiapa yang nak laser2 pasal orang lain..better korang wat blog..LUAHKAN semua yang tersirat dan tersurat..yang ada dalam kain ke,yang ada tepi kain ke...KELUARKAN semuanya..
hahaha..tapi korang kena la tanggung sendri DOSA-DOSA yang korang dapat hasil
daripada mengumpat..mengata...mengkeji...menghina...mengaibkan dan sewaktu dengannya XD

kesimpulannya..tuntasnya....akhir kata... biala orang lain nak buat apa pun,tak payah la nak kepochi sangat amek taw hal orang lain...jaga jela kain korang yang da koyak tu.. =)

Thursday, December 30, 2010

BUKU LAMA =.=

kenangan lama takkan berulang....
tanggal 5 DEC 2008 S telah melamar aku untuk jadi couple dia.time tu aku form 3.tidak dinafikan aku memang bahagia sangat bila couple dengan dia walaupun dia banyak kali buat aku sakit hati..hehe..dah sayang,orang buat ape pun xkesah..walaupun S banyak kongkong kehidupan aku tapi aku tetap tidak kesah sebab aku tau apa yang S wat adlah untuk kebahagiaan dan kebaikan aku.S sorang yang nakal,gedik,gatal.penyanyang,protective (rasa selamat je bila dengan dia), dan S sangat-sangat-sangat perihatin dekat aku.tahun pertama percintaan kita orang berjalan dengan lancar.semuanye baik.kalau ada gaduh pon just gadoh-gadoh manja :) ...bila naik form 5, S makin lain..S makin kuat menipu..makin baran..makin tidak mempedulikan aku..S lebih mementingkan frens dia berbanding aku. sangat yang paling aku takut ialah saat aku akan kehilangan S untuk selamanya.. hurm..aku masih tidak dapat menerima reason S nak break.huhu :'( ..tarikh keramat benda ni berlaku pada 27 OCT 2010..almost to my second year anniversary..jodoh antara aku dan S dah tak ada..aku dah try pjuk dia dan nak berbaik dengan dia tapi S tetap mendiamkan diri seribu bahasa..( bisu da agaknya :P).. until now..he's only one dan tak ada pengganti. sayangilah orang yang menyanyangi kita lebih baik daripada sayangi orang yang kita sayang..

SALAH KE COUPLE????

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.
Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.




Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.




Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?




Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”
Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.




Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


RIMAU MALAYA!!!!

CONGRATES!!!
SAFEE THE BEST!!
GO MALAYSIA!!
asyeeekkkk!!!!
BARISAN BELIA YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA :)
SENYUMAN MEMBAWA TUAH :)

ILY :)

GOOD JOB DUDE!!
GOALLLLLL!!!!
ooowwhhh!!!!!abang fahmi..hehe :)
hehe..suka sangat tengok bola dengan family smlm..piala AFF taun 2010 the bes sebab malaysia menang!!oye...congrates to khairul fahmi sebab dapat menghalang indonesia daripada menambah jumlah gol. congrates juga untuk defent especially to my lovely defent MUSLIM..hehe..ily!! untuk safee congrates dapat jd penjaring gol yang paling banyak..huh!! raja gopal do the greats job for the teams and congrates to all team malaysia because you all had made history this year.. 4-2!!

CrazyTime!!!!