Saturday, May 7, 2011

budak tesl 4

dia ada bagi aku sajak tau,sangat romantikkan, sajak dia memang sangat menyentuh kolbu aku.. nak tau sajak dia bunyinya macam A.Samad Said ke tak..korangt cari la sendri kat blog aku ye..ngee~


aku mengaku yang aku melalak baca sajak ni sebab dia sorang je lelaki yang pernah bagi aku sajak-sajak ni.wah!romantik sangat weh..


Satu hari tu,aku tak dapat nak online sebab kena balik kampong.dekat kampong aku memang tak ada line yang bagus untuk aku online so,aku bagitau dia aku boleh sms je.dia pun tak kisah,dia kata sms pun boleh sebab dah darurat sangatla katakan.then malam tu aku sms la dia.tiba-tiba malam tu aku nak buat keputusan yang agak bangang sebab aku dapat rasakan aku tak boleh nak control perasaan aku dekat dia.aku ni jenis bila dah ada perasaan cinta,sayang,suka dekat seseorang secara automatik  aku akan terfikir yang  aku akan dikecewakan one day.lagipun kisah aku dengan dia ni ibarat nelayan bersama jala-jalanya.nelayan yang seorang telah melontar jaring-jaringnya lebih kurang 5 jaring ke laut.selepas itu,setelah dibiarkan agak lama,nelayan itu akan memilih jala yang hanya banyak ikan untuk dibawa naik.jala yang lain dibiarkan sahaja sehingga reput dimakan zaman.ayat tak boleh bla kan.kisah cinta nelayan dan jaringnya yang membawa impak yang besar dalam hidup aku,sebab aku kena bersaing dengan 4 orang pada masa yang sama untuk merebut peluang dibawa naik oleh nelayan itu.malam tu aku rasa macam nak putus harapan sebab kemungkinan besar yang jala aku tidak akan tersangkut oleh walau seekor ikan pun.malam tu dia dedicated lagu kate perry thinking of you.again,melt with him and aku pun kembali bersaing memenangi hati nelayan itu.bila aku try nak buang dia dalam hidup aku,aku jadi tak tenang.hey!really ??ni ke cinta?hurm..tak tahu la..apa pun yang berlaku lepas ni aku redha je sebab jodoh pertemuan kan kat tangan tuhan.am I right?


1 mei 2011 dia menyuruh aku tunggu dia online sebab dia kata ada benda penting nak cakap.waaahhh!cuak la siaak..apakah?then masa dia online dia kata dia nak lepaskan semua jala-jala dia sebab dia kata dia nak kerja dulu.then baru nak fikir pasal couple,cinta,sayang dan kahwin.time tu,aku memang redha gila dah lapang je dada terima keputusan dia.Cuma aku cakap dengan dia yang aku dengan dia still kawan sebab aku selesa dengan dia.then he gives positive respon to me.tengok!dia baikkan.saat tu aku rasa yang kawan adalah suatu hubungan yang bertahan lama,dan dalam masa yang sama,aku still ingin mencuba menempatkan diri aku dekat dalam hati dia.usaha tangga kejayaan! susah nak tukar sayang aku kat dia kepada sayang kepada seorang kawan.


Keesokan harinya,dia ada cakap yang dia tak pernah panggil aku sayang sebab dia takut dia akan hilang aku.before ni dia panggil ex dia syg but hubungan dia orang tak panjang.so,aku membuat konklusi yang dia ni tengah fobia.aku cakaplah aku tak paksa pun dia pnggil aku syg,dan aku tak kesah kalau dia tak panggil aku sayang pun yang penting aku tau yang dia takut kehilangan aku sebab dia pesan kat aku jangan lupa contact dia bila aku masuk matrik nanti.eyh! mana boleh aku lupa dekat mohd danish aku yang sorang ni..kalau lah betul dia memang jodoh aku,kekalkan lah hubungan ini sehingga akhir hayat kami.aminnnn....tapi kita ni hanya pemerancang yang arif tetapi kita tak ada kuasa nak membuat keputusan.


Saat aku merindui dia..aku sentiasa berharap yang dia pon sedang merindui aku.tapi aku tahu semua tu hanyalah mimpi semata-mata.pedihkan bila harapan yang diberi selama ni tidak mempunyai makna apa-apa,hanya sebagai kawan sahaja padahal aku impikan sebuah perasaan yang lebih dari kawan.betullah hidup ni macam roda,hari ini dia menghampakan seseorang esok lusa mesti kita pula yang dihampakan.saat semuanya indah aku bertanya kepadanya sama ada dia merindui aku atau pun tidak.aku menanti jawapan yang indah dari dia tetapi kejujuran dia amat menusuk kedalam hati aku.tiada rindu dia buat aku sedangkan aku sentiasa merindukan dia.


Cinta dan sayang..suatu perasaan yang sangat unik yang akan hadir ke dalam hati setiap mahluk yang bernyawa..kehadirannya sangat tidak dirancang dan tidak boleh dirancang sama sekali.saat kita menyanyangi seseorang,jangan lah memaksanya menerima diri kita.

No comments:

Post a Comment