Friday, March 2, 2012

admire - 1

dup dap dup dap!! hambek kau jantung aku dah tak tentu hala berdegup..dah macam kena kejar anjing dah, padahal baru je selisih dengan dia.. Hey!! cuba fikir ea, baru selisih jantung berdegup tak tentu hala.. kalau dah dapat berbual? dah dapat keluar makan sama-sama, tengok wayang ke? maunya tercabut jantung aku ni.senyum meroyan terlompat-lompat jelah yang  aku boleh buat dari jauh. kawan-kawan aku memang dah biasa dah dengan situasi macam ni kalau aku nampak dia. sampai malas dah nak layan perangai aku.haha.. apa orang putih cakap..huh! "like do i care babe?" haha..ada macam student overseas tak?

kalau korang ada admire, korang mesti faham perasaan aku macam mana. sangat seronok tau bila ada admire ni..sebab kita akan sentiasa disirami dengan bunga bunga cinta yang jatuh dari langit bila selisih dengan dia.haha..

"Qis!!! berangan ea kau?" tegur siti. " eh! mana ad berangan.. berimaginasi je..hehe" aku jawab dengan selamba sambil meneruskan perjalananku ke kelas tutor. qis hanya menurut langkahku sambil geleng melihat tingkah laku ku yang boleh dikategorikan sebagai mental destruction akibat penangan  apiz yang aku admire tu.

" kau ni memang suka sangat ke dekat apiz tu qis?" tanya siti. aku hanya tersenyum kambing lalu membuka buku tutor physics. "eyh kau! aku tanya senyum lak! jawab la setan." siti dah mula hangin sebab pertanyaannya tidak aku jawab. " suka sangat tu tak adalah. aku just rasa fun." aku jawab sambil mataku masih tekun melihat buku tutor physics. "fun? ape maksud kau?? ada rasa sampai nak couple dengan dia tak? " siti yang terkenal dengan kepochinya tu masih menabur soalan-soalan yang agak bengong bagi aku. " eyh! mokcik, kau ni sebuk je ea? ohh! lupa..kau kan caring daring dengan aku kan?? okok..aku jawab ni.dengar betul-betul ye cik siti. first, aku rasa happy bila aku admire kat someone sebab benda tu boleh jadi entertainment aku masa dekat sini. second, aku rasa aku admire dia pun sebab muka dia sama dengan danish and third, aku tak adalah sampai nak jadikan dia laki aku.yela! benda tu semua mustahil kau tau? ntah-ntah dia dah ada makwe ke? kau jangan nak kusutkan otak kau tulah siti.ok?" panjang penerangan aku hanya untuk memberi kepuasan kepada siti. siti hanya terdiam sahaja selepas mendengar penjelasan ku.

" wei!!! dia class dengan ami lah!!!!!!!!! " hampir menjerit aku bila aku lihat apiz keluar class yang sama dengan ami. huh! kalau korang nak tau, ami tu kawan sekolah siti dulu. " huh!!!! yeke??" siti menunjukkan memek muka yang teruja. ehem..ehem... ada can lebih ni..hehe..aku mula berfikir jauh!

almost 2 weeks aku stalker dia dalam dia.eyh! cop..stalker memang dalam diam pun kan? mana ada stalker terang terang dekat orang tu kan? haha..papejelah. one day, aku terserempak dengan kawan aku dekat cafe. eyh, pehal baju minah ni sama dengan baju classmate dia eak? "izah, classmate kau ada nama hafizzudin tak?".."eh! kau, bagi salam boleh tak? macam apa je nak main terjah-terjah. ada! kenapa?" bila aku dengar dia cakap ada , terus aku senyum-senyum kambing sambil goyang-goyangkan badan aku ke kiri dan ke kanan." dah kau ni kenapa? buat teviat aku tengok."tegur izah. " eyh, kau ada nombor dia tak? aku nak boleh?" walaweyh! perigi cari timba kan aku ni? like do i care, janji aku dapat nombor dia. "ada, ni hah nombor dia".dengan sepantas kilat menyambar, aku terus ambil nombor tu, " thank you izah!!jangan bagitahu dia yang aku minta nombor dia kat kau ea.bye" aku terus beredar pulang ke bilik.

penat aku tenung handset aku, nak message ke tak nak? nak ke tak nak? hurm, message jela, lagipun dia bukan tahu siapa aku. "hai apiz,budak ms11, duduk kluang.." send.eeysh! manalah dia ni..pehal tak reply message aku.you makes me dance, brings me up, brings me down..ringtone lagu mr.saxobeat aku menandakan ada message masuk.from twin danish! yeahhh!!!! finally he reply it.memang tak sah la kalau aku tak senyum sorang-sorang walaupun dia hanya balas "ye....." hahahaha..damn! tak guna punya laki, tu je kau balas? then aku balas lah balik and cakap yang aku ni admire dia sebab muka dia macam kawan aku.tunggu punya tunggu..dia tak reply message aku.peh! bengang la seyh..eyh kejap!!!!! kenapa aku kena bengang padahal dia tak kenal aku pun.kan? haha.tak jadi nak bengang but aku dapat rasa yang benda ni makin interesting.

No comments:

Post a Comment