Monday, January 31, 2011

H U J A N

hujan rintik-rintik, air bergelora...

hahaha..sampi situ je aku hafal lagu ni.. XD
kenapa aku nyanyi lagu yang aku sendiri tak hafal?nak tau sebab apa??
sebab sekarang dekat KLg hujan tak berhenti2..masuk arini 3 hari kut *matematik jadi lemah setelah sekian lama meninggalkan sekolah



Hujan yang turun bagaikan mutiara
*kalu ujan yg turun tu mutiara,mesti korang semua tak akan terperap dalam rumah menambah koleksi taik mata dan korang mesti tak akan bgn lambat sebab korang akan setia menadah ujan yg turun tu..mutiara mahal taw x !!
Berkilau bersinar berkerdipan
*berkilau ke??tgk kabur je pemandangan kalu hujan menjelma..haha

Subur menghijau bumi terbentang
*kalu hujan sikit-sikit memang lasubur je semua tanaman..kalu ujan tak berhenti-henti,tanaman semua mati sebab tenggelam dek ujan XD

Dan bayu berpuput lembut
*bukan lembut lagi..da naik menggigil badan ni..








dipetik daripada lagu SUDIRMAN - HUJAN
 
 
KESIMPULAN daripada kisah hujan yang tak berapa best bila terlalu lebat atau tidak berhenti-henti adalah
 
i) sediakan payung sebelum hujan
 
ii)jaga keselamatan sebelum dan selepas hujan
 
iii)melarang anak anda atau sedara anda,atau ibu bapa anda atau nenek,opah,atok anda daripada bermain hujan di luar rumah kerana takut terkena penyakit yang agak membahayakan jikalau terlalu panas *sakit demam oke
 
iv)bagi yang rumah agak2 rendah serendah budak berumur 2 tahun,bersiap sedialah kalian semua untuk membungkus apa sahaja yang boleh dibungkus untuk dibawa lari bersama merempuh hujan dan banjir *kalu banjir baru bawa brg keluar rumah tau* ke tempat yang lebih selamat seperti di rumah-rumah tumpangan atau hotel2 berdekatan..agak2 yang terlampau menjaga status anda sebagai datin,datuk,tan sri,mak sri,anda dicadangkan untuk duduk di dewan sekolah yang berdekatan..  

No comments:

Post a Comment