Monday, April 25, 2011

CINTA INI MILIK KITA..

pedih bila cinta yang mula disemai didalam hati terpaksa dipendam kerana dia sudah berpunya.tetapi kenapa sudah hampir 5 tahun tidak bertemu dengannya,masih tidak dapat lagi dihapuskan kehadirannya didalam hati ini.kehadiran yang baru mula mewarnai hari-hari yang mendatang tetapi hatiku tetap masih belum boleh menerima yang baru dan sentiasa mengharap akan kehadiran yang lama kerana tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia yang menjadi orang pertama singgah di hati ini.akhirnya pernantian selama 5 tahun berbaloi dan pertemuan dengannya membuat hidup menjadi indah seperti dulu.apabila yang baru tidak boleh menerima akan penolakan cintanya kerana yang lama.dendam mula menujah kedalam hatinya sehingga ada kata-kata yang membawa kepada ugutan.argh!! tekanan hidup semakin memunjak apabila semakin dekat hari kemuncak mengecap kebahagian hidup bersama yang lama..finally,semuanya berjalan lancar dan hanya senyuman dapat mentafsir penungguan yang selama ini dimakan dek zaman.penantian kehadiran seorang hamba ALLAH yang baru ditiupkan roh selama 3minggu belum lagi diketahui olehnya.saat hati ini dipagut oleh rasa cemburu kerana kekasih lama yang bekerja sepejabatnya tanpa pengetahuanku.akhirnya cemburu makan diri kerana belum sempat khabar berita gembira ini sampai ke telinga dia,berita yang menjadikan keadaan makin huru hara pula yang sampai dahulu..dia ditikam oleh pendendam yang selama ini menagih kasih dan sayang kepada yang sudah berpunya.ini semua tak patut berlaku jika tidak ada pertemuan yang berlaku selama 5 tahun kehilangannya.ICU menjadi tempat pertarungannya atas dasar bukan kesalahan dia..argh! mengapa ini semua terjadi saat kebahagiaan yang patut dikecapi.akhirnya, dia menyedarkan diri saat rayuan yang tidak putus-putus menyuruhnya sedar dari tidur yang lena.alhamdulillah..








p/s:terkejut? hehehe..ini sama sekali tak ada kena mengena dengan hidup i..this is only a synopsis from a novel that i read..the entry is the title of the novel.ending dia agak tak bape nak best..tapi flow story dia best,just the ending make the story biasa-biasa..hehe..

No comments:

Post a Comment