Monday, February 14, 2011

VALENTINE

tengok !! siap ada design bantal untuk couple lgi -_-

14 february tarikh yang ditunggu-tunggu oleh couple-couple sedunia..
valentine/hari kekasih sinonim dengan cokelat,teddy bear,bunga,candle light dinner or wat ever..

as muslim,haram seseorang tu menyambut valentine..tapi pernah ke teenagers sekarang ambil kesah pasal hukum hakam ni? *hahaks..aku pun dlu sama dengan jek*


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Pendapat mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.
Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

KONKLUSI,KESIMPULAN,TUNTASNYA *macam nak buat karangan bm pulak* hari valentine ni kita tak boleh sambut sebab ia salah satu pengaruh orang yahudi untuk menyesatkan kita orang islam..


p/s:korang yang bercouple-lan tu tak payah la nak sambut-sambut hari valentine la..wat habis duit pun satu hal..more better korang express je cinta/love korang kat psngan korang setiap hari dan bukan hanya pada hari valentine..kan bagus..SAY NO TO VALENTINE !!




No comments:

Post a Comment